Thursday 6 March 2014

PENGENALAN 5S MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM




LOGO INDUK 5S MDSB




MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM  SENTIASA MENGAMALKAN AMALAN 5S


  1. SUSUN
  2. SAPU
  3. SERAGAM
  4. SENTIASA AMAL
  5. SISIH






APAKAH AMALAN 5S ?


1. Amalan untuk mewujudkan tempat kerja lebih produktif


2. Memastikan mesin dan alat kelengkapan menjadi bersih, berfungsi dan cekap tanpa sebarang masalah.


3. Membina budaya kerja yang positif dan dinamik.


4. 5S merupakan perkataan Jepun yang iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke.


5. Amalan 5S meliputi pengetahuan teknikal, praktikal dan logik untuk menghasilkan penambahbaikan.




SLOGAN

Budaya Kerja Berkualiti Dengan Amalan 5S




POLISI

Memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dalam persekitaran kerja berkualiti yang mengutamakan kecekapan, ketepatan masa, kesopanan, kebersihan, kekemasan dan keselamatan.






DASAR SISTEM AMALAN 5S MDSB

Setiap warga kerja MDSB mesti mempunyai komitmen & disiplin yang tinggi dalam mengamalkan kerja bersistematik bagi mewujudkan persekitaran berkualiti untuk menghasilkan perkhidmatan terbaik.





MANFAAT 5S KEPADA MDSB


  • Kebersihan Persekitaran
mewujudkan suasana bersih, ceria dan kondusif


  • Memudahkan Urusan
mengambil masa yang singkat semasa proses perkhidmatan kepada pelanggan


  • Lebih Sistematik
ruang kerja yang lebih teratur


  • Disiplin Pengamal 5S
sentiasa menjaga kerja berpasukan


  • Pengawasan
mudahkawalan pada peralatan dan ruang kerja


  • Keselamatan
memberi keselamatan pada kakitangan dan pelanggan








KEPENTINGAN 5S


Tempat kerja yang bersih mempunyai produktiviti yang tinggi. 

Tempat kerja yang bersih mempunyai kualiti yang tinggi. 

Tempat kerja yang bersih mengurangkan kos. 

Tempat kerja yang bersih memastikan delivery tepat pada masanya. 

Tempat kerja yang bersih adalah tempat kerja yang selamat. 

Tempat kerja yang bersih tinggi dari segi morale pekerjanya.





.


No comments:

Post a Comment